About Me

My photo
Little bit messy around with the loved one. Love to dance, teasing people but sometimes really annoying.

Sunday, January 23, 2011

Dalam kehidupan seharian tak semua perkara akan terjadi mengikut kehendak kita. Pasti akan ada sesuatu yang kita tak jangka berlaku dan perkara itu tak semestinya perkara buruk. Ada yang berlaku keajaiban apabila perkara yang tak disangka seperti tiba-tiba bos dengan baik hatinya bagi pelepasan awal, kira balik awal lah…. Memang mengejutkan bukan? Haa tapi dalam bingkisan saya kali ini bukanlah mengenai tentang keajaiban tetapi tentang bagaimana sesebuah perhubungan itu menangani masalah yang tak dijangka melanda dalam hubungan mereka. Bila masalah melanda paling cepat yang berlaku adalah pergaduhan. Betulkan? Sebenarnya perkara seperti bergaduh, salah faham atau apa saja memang akan sentiasa menjadi “hobi” dalam sesebuah hubungan. Tipulah kalau selama berkawan tak pernah bergaduh. Memang tipu la tu takpun nak coverline. Ahaha Okay berbalik pada kisah ini, sebenarnya kalau kita pandai dalam menangani apa saja masalah pasti semua akn seperti sedia kala. Pasti tak berlanjutan sampai berbulan lamanya hanya kerana sedikit salah faham. Macam aku, aku sendiri pernah mengalami salah faham semua ini tapi kita kena cepat faham situasi dan cuba untuk kawal perasaan sekejap. Aku ingat lagi pesan opah aku, “Setiap perkataan atau pertuturan yang kita luahkan atas dasar kemarahan atau mengikut perasaan akan membinasakan sesuatu benda yang kita tak sangka. Seperti situasi seperti cuba untuk lepaskan kemarahan pada seseorang tetapi orang sekeliling turut sekali terkena dek kerana pertuturan kita terlalu mengikut perasaan.” Yelah samalah macam bila marahkan teman lelaki atau teman perempuan tetapi akhirnya perkara itu menjadi punca keretakan sesebuah hubungan.

Setiap manusia ada had kesabarannya kan? Seperti juga aku, tahap kesabaran masih lagi boleh dikawal dan masih lagi tahu beza antara “perlu atau tak perlu” Perlu dan tak perlu? Apa tu? Okaylah seperti dimana seseorang ini selalu menahan perasaan marah kepada rakannya sebab rakannya suka sangat memperkecilkan orang lain hinggalah suatu hari dia tak dapat menahan lagi, maka terkeluarlah segala rasa yang tak puas dihati kepada rakannya itu. So, dari sini boleh tahu yang jika kita mampu untuk bersabar, kita teruskan kerana kesabaran itu membawa kebaikan. Yelah dari cerita diatas sudah pasti tahukan kesudahannya macam kan? Si kawannya merajuk dan akhirnya dah tak nak kawan. Kalau dah tak boleh sabar sangat ada caranya untuk meluahkan apa yang terbuku di hati itu. Kan? Macam dalam hubungan percintaan pun sama je cuma beza ada sedikit perasaan sayang disitu. Yelah orang-orang tua cakap “marah tanda sayang” memang benar pun sebab kalau pasangan kita tak sayang dia tidak akan marah atau menegur kalau kita ada buat salah atau silap. Jadi, kedua-dua pihak mesti mahu tahu bagaimana nak uruskan sesuatu masalah yang tak dijangka kerana kalau terlalu mengikut perasaan akan membawa padah kelak. Ingat yang perlu sentiasa fahami pasangan dan cuba untuk belajar bersabar :)