About Me

My photo
Little bit messy around with the loved one. Love to dance, teasing people but sometimes really annoying.

Sunday, January 23, 2011

Dalam kehidupan seharian tak semua perkara akan terjadi mengikut kehendak kita. Pasti akan ada sesuatu yang kita tak jangka berlaku dan perkara itu tak semestinya perkara buruk. Ada yang berlaku keajaiban apabila perkara yang tak disangka seperti tiba-tiba bos dengan baik hatinya bagi pelepasan awal, kira balik awal lah…. Memang mengejutkan bukan? Haa tapi dalam bingkisan saya kali ini bukanlah mengenai tentang keajaiban tetapi tentang bagaimana sesebuah perhubungan itu menangani masalah yang tak dijangka melanda dalam hubungan mereka. Bila masalah melanda paling cepat yang berlaku adalah pergaduhan. Betulkan? Sebenarnya perkara seperti bergaduh, salah faham atau apa saja memang akan sentiasa menjadi “hobi” dalam sesebuah hubungan. Tipulah kalau selama berkawan tak pernah bergaduh. Memang tipu la tu takpun nak coverline. Ahaha Okay berbalik pada kisah ini, sebenarnya kalau kita pandai dalam menangani apa saja masalah pasti semua akn seperti sedia kala. Pasti tak berlanjutan sampai berbulan lamanya hanya kerana sedikit salah faham. Macam aku, aku sendiri pernah mengalami salah faham semua ini tapi kita kena cepat faham situasi dan cuba untuk kawal perasaan sekejap. Aku ingat lagi pesan opah aku, “Setiap perkataan atau pertuturan yang kita luahkan atas dasar kemarahan atau mengikut perasaan akan membinasakan sesuatu benda yang kita tak sangka. Seperti situasi seperti cuba untuk lepaskan kemarahan pada seseorang tetapi orang sekeliling turut sekali terkena dek kerana pertuturan kita terlalu mengikut perasaan.” Yelah samalah macam bila marahkan teman lelaki atau teman perempuan tetapi akhirnya perkara itu menjadi punca keretakan sesebuah hubungan.

Setiap manusia ada had kesabarannya kan? Seperti juga aku, tahap kesabaran masih lagi boleh dikawal dan masih lagi tahu beza antara “perlu atau tak perlu” Perlu dan tak perlu? Apa tu? Okaylah seperti dimana seseorang ini selalu menahan perasaan marah kepada rakannya sebab rakannya suka sangat memperkecilkan orang lain hinggalah suatu hari dia tak dapat menahan lagi, maka terkeluarlah segala rasa yang tak puas dihati kepada rakannya itu. So, dari sini boleh tahu yang jika kita mampu untuk bersabar, kita teruskan kerana kesabaran itu membawa kebaikan. Yelah dari cerita diatas sudah pasti tahukan kesudahannya macam kan? Si kawannya merajuk dan akhirnya dah tak nak kawan. Kalau dah tak boleh sabar sangat ada caranya untuk meluahkan apa yang terbuku di hati itu. Kan? Macam dalam hubungan percintaan pun sama je cuma beza ada sedikit perasaan sayang disitu. Yelah orang-orang tua cakap “marah tanda sayang” memang benar pun sebab kalau pasangan kita tak sayang dia tidak akan marah atau menegur kalau kita ada buat salah atau silap. Jadi, kedua-dua pihak mesti mahu tahu bagaimana nak uruskan sesuatu masalah yang tak dijangka kerana kalau terlalu mengikut perasaan akan membawa padah kelak. Ingat yang perlu sentiasa fahami pasangan dan cuba untuk belajar bersabar :)

Wednesday, January 19, 2011

What will happen......

Lelaki ouh lelaki..
Memang susah nak difahami kan? Kadang-kadang menyakitkan hati tapi tulah. Bila dah sayang apa pun tak kisah walaupun dia mula naik tangan, guna bahasa yang sangat sangat sangat MENYAKITKAN hati.. Macam-macam kita sebagai perempuan bagi hint itu ini tapi memang tak arrr! Memang tak pernah cuba nak faham atau cuba untuk faham walau sikit. Hurmmmm..
Kenapa ditakdirkan yang syurga dibawah tapak kaki suami apabila seseorang perempuan itu sah menjadi isteri kepada seorang lelaki? Macam mana pulak kalau suami tu minta kita untuk lakukan sesuatu yang memang diluar jangkaan? Sedangkan dia suami tapi pada hakikat dalam diam seorang SYAITAN yang sangat menakutkan. Kesian pada sesiapa yang berada situasi macam ni kan? Bagi aku, seorang suami atau teman hidup walaupun dia belum sah menjadi suami adalah orang yang kita percaya, tempat dimana seorang perempuan bergantung untuk cuba menyelesaikan masalah dalam hidup dia dan tempat dimana meluahkan rasa ketidakpuasan hati kepada sesuatu perkara. Lelaki tersebut mestilah seorang yang memahami kehendak pasangan dia dan meskipun lelaki tersebut tidaklah sesempurna yang kita jangka tapi dia mestilah seorang yang faham untuk sesuatu situasi. Contohnya bila perempuan itu kena marah dengan bos, sebagai seorang memahami janganlah ditambahkan lagi rasa dihati pasangan dia tu. Nama pun baru lepas kena mara, memang sangat "hot" la kan? So, as a good partner u should know how to handle the situation. Atleast cuba bagi dia ruang untuk bernafas, tarik nafas dalam-dalam dan relax dahulu. Then barulah tanya "What's wrong sayang?" Kalau pasangan jawab dalam keadaan yang okay, so maknanya memang jadilah lelaki tu sebagai seorang pasangan yang memahami. Kalau si pasangan tu still dalam keadaan tegang, cuba bagi lagi ruang maybe kena ruang yang lebih besar la kot... :)
GIVE AND TAKE is the simple thing you can use in a relationship...

continue nanti k.....